NuffNanG CorneR

Geng-geng Bloggers

Thursday, 22 September 2011

Thank God It's Friday (T.G.I.F)

3 Important Words

..........................................*Love*Love*Love*Love*
...................................................*Love*
...................................................*Love*
...................................................*Love*
...................................................*Love*
...................................................*Love*
...................................................*Love*
...................................................*Love*
...................................................*Love*
.........................................*Love*Love*Love*Love*

*Love*.....................*Love*...........*Love*.........*Love*.........Love*.....*Love*
*Love*............*Love*......*Love*......*Love*........*Love*..........Love*
*Love*..........*Love*...........*Love*....*Love*......*Love*...........Love*
*Love*.........*Love*..............*Love*....*Love*....*Love.............Love*Love.
*Love*..........*Love*............*Love*........*Love*.*Love*............Love*
*Love...........*Love..............*Love..............*Love*.................Love*
*Love*..............*Love...........*Love*............*Love*.................Love*
*Love*Love*Love.......*Love*.......................*Love*..................Love, , .., *Love*

*Love*.........*Love*...............................*Love*.......................*Love*...........*Love*
..*Love*.......*Love*.....................*Love*...........*Love*.............*Love*...........*Love*.
....*Love*....*Love*.....................*Love*............*Love*............*Love*............*Love*
.......*Love*.*Love*....................*Love*.................*Love*........*Love*............*Love*
..................*Love*...................*Love*.................*Love*...........*Love*...........*Love*
....................*Love*...................*Love*.........*Love*...............*Love*...........*Love
.....................*Love*...................*Love*.........*Love*..............*Love*...........*Love*
.....................*Love*............................*Love*.............................*Love**Love*

Wednesday, 21 September 2011

Adat dan Tradisi Kaum Iban

Kaum Iban dikenali sebagai Dayak Laut dan merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu  sehingga Limbang. Kebanyakan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang biasanya terletak di tebingan sungai  seperti di Lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang kerana pada masa dahulu sungai merupakan jalan perhubungan dan sumber utama dalam kehidupan seharian mereka.Namun demikian, pada masa kini dengan adanya sistem jalan raya, ramai masyarakat Iban sekarang telah mula membina rumah panjang  di tepi jalan raya dan kebanyakan masyarakat Iban sekarang telah menetap dan bekerja di bandar-bandar besar di sekitar Sarawak.

Rumah Panjang Di Sarawak

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu kain sirat dan dandong. Kain sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara cara melilitnya di pinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.


Pakaian tradisional wanita Iban terbahagi kepada tiga jenis iaitu bidang, kalambi, dan bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju pula dipanggil kalambi dan terdapat dua jenis iaiatu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Selain daripada itu, kaum wanita juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.


Tarian Ngajat sangat polpular di kalangan orang Iban di Sarawak. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung', atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung merupakan baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang.

Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Selain daripada itu, ia juga perayaan utama bagi kaum Bidayuh,Kayan, Kenyah dan Orang Ulu. Gawai Dayak disambut pada 1 & 2 Jun. Tarian Ngajat akan dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran dalam penghasilan menuai padi sepanjang tahun tersebut. Tuak atau sejenis minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras akan dihidangkan kepada tetamu.

Tuesday, 13 September 2011

The Greatest Love Poems of All Time... =)


I love you for what you are, but I love you
yet more for what are you going to be.
I love you not so much for realities
as for your ideals.
I pray for your desires that they may be great,
rather than for your satisfactions,
which may be so hazardously little.
You are going forward towards something great.
I am on the way with you,
and therefore I LOVE YOU......

--Carl Sandburg

Saturday, 3 September 2011

Hai dan salam sejahtera kepada warga bloggers...terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berhujung minggu....apa plan korang hujung minggu nie? Saya pasti mood berhari raya masih lagi terasa walaupun hari raya sudah memasuki hari yang ke-6. Pasti ramai yang keluar rumah untuk pergi memenuhi jemputan ke majlis rumah terbuka. Apa pun saya doakan semoga anda semua semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Pesanan saya untuk semua berhati-hatilah di jalan raya. Dan semasa di majlis rumah terbuka nanti, jangan lupa jaga pemakanan anda. Memanglah makanan-makanan seperti rendang, kari, dan sebagainya itu nampak sangat sedap. Tapi ingat, kandungan kalori yang terdapat pada makanan-makanan tersebut amatlah tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan anda. Amalkan pemakanan yang sihat bagi menjamin kesihatan anda. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.

Tip Untuk Sentiasa Sihat Dan Cergas

Hai bloggers2 di luar sana...apa khabar semua?hmmm..nampaknya dah bersawang pula blog saya ni,maklumlah saya jarang nak updatekan blog saya. Walaubagaimanapun, saya akan tetap sesekali "curi masa" untuk updatekan blog saya ni...oh ya,bagaimana dengan sambutan Hari Raya anda semua...?Saya pasti hari lebaran anda sudah pastinya meriah apatah lagi jika menyambutnya dengan kaum keluarga yang tersayang...Masa itulah kita berpeluang untuk berjumpa dengan sanak saudara yang dekat dan jauh...kepada yang tak menyambut Hari Raya pula, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

Tanpa membuang masa, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai entri saya kali ini.Untuk entri kali ini, saya ingin memberi sedikit tip yang boleh membantu anda untuk sentiasa sihat dan cergas. Saya percaya tip-tip ini sangat berguna untuk memberi satu semangat baru ke arah menjadi lebih sihat, cergas dan bergaya. Kita hanya mengetahui kita lebih sihat apabila kita membandingkan dengan hari-hari sebelumnya.





Menetapkan objektif anda:
Sama ada penurunan berat badan, mengetatkan otot-otot, berlari atau apa sahaja pertandingan, tumpukan pada objektif sebenar anda.

Adakan hari membersih dan mengemas almari dan peti sejuk:
Dahulu kita menyimpan minyak sayuran dan minyak jagung, sekarang cuba tukarkan dengan minyak kelapa dan minyak zaitun. Roti gandum adalah bagus untuk kesihatan roti putih = gula.

Isikan almari dan peti sejuk dengan makanan berkhasiat:
Simpan makanan yang berkhasiat dan cuba elakkan daripada mebeli dan menyimpan snek-snek yang akan memudaratkan diri anda seperti coklat, gula-gula dan lain-lain lagi.

Mencari teman atau rakan latihan yang mempunyai keinginan yang sama:
Apabila ada yang membantu dan mempunyai keinginan yang sama, anda akan jadi lebih bersemangat dan semestinya akan berjaya mencapai apa yang diinginkan.

Mendapatkan fakta-fakta yang tepat:
Kajian tentang cara pemakanan yang betul membuatkan dapur anda dipenuhi dengan makanan yang berkhasiat.

Menggunakan jurnal makanan ketika memulakan plan diet:
Catit apa sahaja yang anda masukkan ke dalam mulut anda, tapi setelah lima hari saya jamin anda akan tahu kenapa 10kg yang anda ingin anda buang masih tidak hilang.

Jangan pergi ke mana-mana pesta dalam keadaan yang lapar:
Selalunya makanan yang terhidang di pesta-pesta tinggi kalori dan lemak, jadi anda harus minum minuman protein ataupun ambil sebiji epal sebelum anda keluar dari rumah untuk mengelakkan dari mengambil makanan berkalori tinggi tersebut.

Daftarkan diri di mana-mana gimnasium yang berdekatan dengan tempat tinggal anda:
Walaupun anda mempunyai treadmill di rumah, anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk bersenam kerana anda tahu anda mengeluarkan duti untuk membayar yuran di gimnasium.

Jangan takut untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru:
Keinginan untuk mempelajari senaman-senaman baru? Tarian? Yoga? Seni mempertahankan diri? Daftarkanlah diri anda untuk sesi-sesi tersebut. Dengan menjadi aktif, ia akan menyihatkan dan menggembirakan anda.

Makanan pra-latihan haruslah ringan dan dapat memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda:
Separuh pisang, sekeping roti gandum yang disapu peanut butter atau jem rendah gula, jus buah-buahan adalah makanan yang memberi cukup tenaga untuk anda memulakan hari anda. Tetapi berhati-hati dengan makanan tinggi gula seperti roti putih, kerana ia akan terpengaruh kepada diabetis dan obesiti.

Makanan selepas latihan haruslah mengandungi protein dan karbohidrat-bukan lemak:
Makanan yang seimbang dengan protein dan karbohidrat adalah pilihan yang mudah seperti pengambilan protein shake.

Sentiasa memastikan beg sukan kemas dan tersedia:
Stokin, baju dan seluar senaman, kasut, botol, air, tuala. Apabila semuanya tersedia, anda tiada lagi alasan untuk tidak pergi bersenam.

Makan di luar "Harus atau Tidak"?:
Banyak restoren yang sanggup menyediakan apa yang anda mahu. Tetapi adakah berbaloi jika anda perlu membayar lebih? Sedangkan anda boleh menyiapkannya sendiri di rumah dengan berbelanja yang lebih lebih murah.

Jika anda tidak tahu-upah PRO (pelatih peribadi):
Pelatih peribadi adalh satu pelaburan yang berguna untuk membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan idaman anda - walaupun hanya beberapa sesi sahaja anda pasti akan dapat merasa perubahannya.

Cabar diri sendiri:
Jika anda ada mengagumi mana-mana ahli sukan ataupun mana-model untuk dalam majalah, apa salahnya anda cuba untuk menjadi seperti nya. Tidak semestinya anda akan mendapat keputusannya dalam masa sebulan tetapi anda jangan putus asadan teruskan mencuba. (Lihat diri anda setelah tiga bulan dan nilai sama ada perlu menukar ke program yang lain).

Air yang banyak
Minum air sebanyak mungkin, lapan gelas sehari. Air membantu organ-organ badan anda berfungsi termasuklah proses pembakaran lemak.


Mendengar tubuh badan anda:
Jika anda mengalami simptom-simptom seperti sakit belakang, semput, sakit sendi dan kekejangan, itu bermakna anda terlebih bersenam. Ia merbahaya dan tidak berfaedah untuk tubuh anda. Dengan berehat, otot-otot juga akan terbina. Jadi cuba dengar diri anda sama ada anda bersenam secukupnya atau terlebih.

Makan, jangan berlapar:
Diet tidak bermaksud anda perlu berlapar. Maksud diet yang sihat ialah diet seimbang yang memastikan kesempurnaan zat yang berpandukan piramid pemakana. Seseorang yang mengamalkan diet menjamin keperluan karbohidrat, lemak, protin, vitamin, serat dan mineral. Untuk nampak "seksi" bukan dengan cara berlapar.