Hai dan salam sejahtera kepada warga bloggers...terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berhujung minggu....apa plan korang hujung minggu nie? Saya pasti mood berhari raya masih lagi terasa walaupun hari raya sudah memasuki hari yang ke-6. Pasti ramai yang keluar rumah untuk pergi memenuhi jemputan ke majlis rumah terbuka. Apa pun saya doakan semoga anda semua semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Pesanan saya untuk semua berhati-hatilah di jalan raya. Dan semasa di majlis rumah terbuka nanti, jangan lupa jaga pemakanan anda. Memanglah makanan-makanan seperti rendang, kari, dan sebagainya itu nampak sangat sedap. Tapi ingat, kandungan kalori yang terdapat pada makanan-makanan tersebut amatlah tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan anda. Amalkan pemakanan yang sihat bagi menjamin kesihatan anda. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.
No comments:
Post a Comment