NuffNanG CorneR

Geng-geng Bloggers

Sunday, 14 August 2011

Penawar Dari Dapur

Bawang Putih Kurangkan Kolesterol

Bawang putih atau nama saintifiknya ialah Allium Sativum adalah herba semusim berumpun yang mempunyai ketinggian sekitar 60 cm. Kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Selain daripada itu, terdapat juga kajian dari terbitan The Journal Of The Royal College of Physicians oleh Silagy CS dan Neil Haw pada tahun 1994 turut membuktikan bawang putih merupakan agen untuk mengurangkan lemak. Supplemen bawang merupakan bahagian terpenting dalam penyembuhan kolesterol tinggi dan secara keseluruhannya sebanyak 12 peratus penurunan kolesterol dapat dikurangkan dalam tubuh manusia.



Pegaga Berupaya Melegakan Tekanan
Pegaga  atau nama saintifiknya Centella Asiatical / Hydocotyle Asiatic merupakan antara ulaman yang cukup popular di kalangan penggemar ulam. Penduduk di India percaya bahawa pokok pegaga mampu memanjangkan usia. Pegaga mampu mengembalikan kesihatan diri dan dapat membantu mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan selain meningkatkan tindakbalas untuk menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Di samping itu, pegaga juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyamuk dan melambatkan proses penuaan.
 

Kopi Kurangkan Lemak
Kafein dikatakan dapat mengurangkan lemak. Kafein membantu memecahkan lemak menjadi sumber tenaga dan mendorong tubuh agar lebih banyak memanfaatkan lemak, sekaligus mengurangkan pembakaran karbohidrat. Secara psikologinya, tubuh individu yang gemuk kurang membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga.



Kunyit Agen Antibakteria 
Tahukah anda bahawa di  Asia Selatan, kunyit digunakan sebagai antiseptik untuk luka dan juga digunakan sebagai agen antibakteria. Kunyit juga turut diambil sebagai suplemen makanan yang dipercayai dapat membantu melegakan masalah perut dan sebagainya. Masyarakat Pakistan pula menggunakan kunyit sebagai agen antiinflamasi dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lainnya. Manakala di Afghanistan pula, kunyit digunakan untuk membersihkan dan merangsang pemulihan luka dengan meletakkan kunyit tersebut di atas sepotong kain yang dibakar dan diletakkan di atas bahagian yang luka.

 

No comments:

Post a Comment