NuffNanG CorneR

Geng-geng Bloggers

Saturday, 13 August 2011

Tip-Tip Menarik Untuk Menjadikan Blog Anda Popular




Blog ialah sebuah laman web di mana kemasukan-kemasukannya ditulis dalam urutan kronologi dan ianya dipaparkan dalam tertib terbalik. Apakah fungsi blog? Blog memberikan ulasan mengenai sesuatu berita atau tajuk contohnya mengenai makanan, kesihatan, politik dan sebagainya. Selain daripada itu, blog juga berperanan sebagai buku harian dalam talian (diari). Seseorang penulis blog boleh menggabungkan teks,imej dan pautan ke dalam blog, laman web dan media yang lain yang berkaitan dengan topik yang ingin disampaikan oleh beliau. Format interaktif merupakan ciri-ciri utama untuk kebanyakan blog kerana ini boleh menarik minat para pembaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Secara umunya, kebanyakan blog adalah dalam bentuk teks. Ada juga terdapat di dalam bentuk media yang lain seperti gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog Mp3) atau audio (podcasting). Menurut sumber Wikipedia, istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkatan web dan blog. "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa maksud "untuk memeliharakan dan menambahkan isi kandungan ke dalam blog.
Jumlah pengguna blog dikatakan semakin meningkat bak cendawan tumbuh. Menurut Technorati iaitu sebuah enjin carian blog, lebih 120 juta blog telah dijejaki pada bulan Nov 2007 dan meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007.

Ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk menulis blog. Tetapi tahukah anda bagaimana hendak menjadikan blog anda popular. Di sini, saya ingin kongsikan senarai panduan yang paling kreatif yang boleh membantu anda untuk menjadikan blog anda popular. Kalau tak popular,sekurang-kurangnya tip-tip ini boleh memberi anda idea tentang apa yang ingin anda sampaikan pada blog anda sekiranya anda kekeringan idea atau topik
  1. Mulakan dengan kontroversi. Tetapi anda kena ingat agar ianya tidak melampaui batasan.
  2. Adakan satu pertandingan. Pastikan pertandingan tersebut ada penamatnya.
  3. Galakkan berkongsi pendapat
  4. Menulis tentang blogger-blogger yang lain untuk menarik minat pelawat mereka membaca blog anda. Pastikan ianya positif.
  5. "Dress up" blog anda selalu supaya kelihatan menarik dan kreatif. (Jangan ingat kita sebagai manusia sahaja yang nak kelihatan cantik dan menarik)
  6. Membuat temuduga/interbiu dengan blogger dan "post" kan temuduga/interbiu tersebut.
  7. Sekali-sekala anda menceritakan perihal anda untuk tatapan blogger-blogger yang lain.
  8. Mengadakan sesi soal jawab dengan pelawat anda.
  9. Berkongsi rahsia,pengalaman dan tip-tip.
  10. Mengadakan sambutan harijadi dengan para pelawat anda. Fikirkan cara-cara yang inovatif untuk membuatnya.
  11. Mengadakan sambutan ulangtahun blog anda juga.
  12. Menulis tentang perkara yang lucu ataupun menjengkelkan. (Tetapi jangan pula anda iadikan ianya sebagai habit anda.)
  13. Buatkan satu "bumper sticker" dengan tertera nama blog anda dan lekatkan ia pada kereta anda. (Pastikan anda bawa kereta anda selalu.)
  14. Buatkan satu "e-book" dan sebarkan pada pelawat anda secara percuma.
  15. "Post" kan gambar-gambar yang menarik mengenai haiwan kesayangan anda.
  16. Membuat iklan mengenai blog anda di suratkhabar tempatan atau di  "Yellow pages".
  17. Ceritakan mengenai kejayaan blog anda.
  18. Berkongsi dengan para pelawat mengenai harapan dan aspirasi mengenai blog anda.
  19. Anda juga boleh menceritakan mengenai hobi dan minat anda di dalam blog anda. (Contohnya, sekiranya anda meminati bidang masakan, anda boleh "post'kan resipi-resipi baru di dalam blog anda.)
  20. Selain daripada itu, anda juga boleh menceritakan perkara yang paling pelik yang pernah anda lakukan.
  21. Membuat "newsletter" di dalam blog anda.
  22. "Podcasting" juga salah satu cara yang baik untuk menjadikan blog anda popular.
  23. Menulis tentang sesuatu yang telah diketahui ramai.
  24. Membuat pembincangan dengan blogger-blogger yang lain mengenai topik-topik lama yang telah anda sampaikan di dalam blog anda.
  25. Akhir sekali, jadilah diri anda sendiri....=)


No comments:

Post a Comment